Allah swt Maha Besar, maka kerja dakwah adalah kerja yang sangat besar. Kerja ini adalah kerja para nabi as, maka sifat kerja ini juga adalah merupakan sifat nabi as. Usaha ini adalah usaha yang besar, namun usaha yang kita lakukan ini bukanlah untuk merasa menjadi "orang besar".
Jadikan dakwah sebagai maksud dan tujuan hidup. Letakkan usaha dakwah ini dalam tertib Rasulullah saw sehingga mudah untuk menjalankan tugas yang berat dan sangat mulia ini. Dalam menjalankan dakwah, Rasulullah saw dan para sahabat berbekal dengan keyakinan Laa Ila Ha Illallah.
Dakwah sebagai maksud hidup untuk kehidupan akhirat. Apabila dakwah yang dilakukan tidak dihubungkan dengan kehidupan akhirat, maka dakwah kita bukan dakwah Ilallah, tetapi dakwah kepada makhluk. Berbicara tentang iman dan amal soleh, tetapi hanya untuk kepentingan duniawi. Beriman kepada Allah swt, namun hanya untuk mendapatkan balasan di dunia, sedangkan di akhirat tidak mendapat apa-apa.
Allah swt menciptakan dunia dan seisinya untuk manusia, tetapi manusia diutus ke dunia ini untuk melanjutkan kerja nubuwwah, menjadikan dakwah sebagai maksud hidupnya. Tetapi malangnya hal ini semakin dilupakan kerana manusia semakin terpengaruh dengan suasana dan keadaan.
Maka tanamkan dalam hati, bahawa maksud dan tujuan hidup adalah dakwah. Mengajak manusia kepada Allah swt. Itu bukan kerana diri kita lebih baik, tetapi bagaimana diri sendiri dan orang lain dapat hidayah. Senantiasa berdoa dan perbanyakkan tangisan kepada Allah swt.
Wednesday, November 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kakchik suka baca tulisan ni.
ReplyDeleteberdakwah bukan kerana makhluk semata tapi kerja dakwah ini adalah amanah Allah untuk kita di akhirat nanti. sebab itu ianya perlu dilaksanakan sepanjang waktu yang ada, di mana-mana sahaja. asalkan caranya tidak menyalahi syariat.
ALLAH swt telah beri taufiq kpd kita membwt usaha yg sama sptmana usaha nabi2 dan sahabat2, semoga ALLAH swt terima kita terus sampai akhir hayat kita dan anakcucu kita hingga qiamat juga dapat mewarisi usaha ini, insyaALLAH...
ReplyDelete"Berbicara tentang iman dan amal soleh, tetapi hanya untuk kepentingan duniawi. Beriman kepada Allah swt, namun hanya untuk mendapatkan balasan di dunia, sedangkan di akhirat tidak mendapat apa-apa."
ReplyDeletennti next entry please elaborate this.. TQ.
sebenarnya orang lama bagitau usaha yang kita buat ini masih jauh dari usaha yang sebenar,
ReplyDeleteusaha ini adalah titik tolak.umpama baru nak melangkah. belum gerak lagi.
Jadi banyak orang keliru bila kita kata ini kerja nabi.Tabligh,ya! memang kerja nabi.
Tapi kalau kita kata keluar 3 hari, 40 hari. 4 bulan kerja nabi,orang akan keliru. Sebenarnya orang lama bagitau itu adalah proses belajar menuju kepada kerja nabi.Sebab itu semua amalan adalah mengikut sunnah.Kita sedang dalam proses belajar.
Wallahua'lam
Salam,
ReplyDeleteya,kerja dakwah kita masih jauh seperti yg dicontohkan nabi dan sahabat..selalu ditekankan dalam bayan,bhw kita punya kerja dakwah ni umpama baru nak kenal abc..tak tahu lagi nak eja apatah lagi menulis..camtula perumpamaan usaha kita dgn usaha nabi..tapi kita berusaha untuk wujudkan cara hidup seperti nabi...maka sbb tu kita kena mujahadah untuk keluar jalan Allah untuk belajar kenal abc ni...insyaAllah,dengan sedikit pengorbanan kita ni,Allah taala terima setiap amalan kita...
assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh
ReplyDeleteAllah Maha Besar, kerja dakwah adalah kerja yang sangat besar, namun usaha kerja dakwah bukanlah untuk menjadi orang besar
Subhanallah..
terimakasih ummie..sudah mengingatkan na kembali..
kakchik,
ReplyDeleteYa, betul tu kak chik. Dakwah tu sunnah nabi, so kita yg claim diri kita ni umat nabi ... kena la sambung keje tu, kan ..?? Insya-Allah :)
umma-ali,
Amin .. amin ya Allah
^inas^,
Insya-Allah ....
seorangnenektua & karkunah,
Insya-Allah, kita cuba2 tiru kerja Nabi saw ...
namaku ina,
ReplyDeleteWaalaikumsalam wrt wbt. Sama-sama Na. Semoga apa yang dibaca dapat sama-sama kita amal & sampaikan, dan juga sama-sama beroleh manfaat, dunia & akhirat .... Insya-Allah :D