Saturday, October 31, 2009

Mujahadah .....

Agama akan wujud dengan amal agama itu sendiri. Semua usaha perlukan kesabaran dan ketabahan. Apatah lagi usaha agama yang memerlukan kesabaran dan ketabahan yang berlipat kali ganda. Bersusah payah untuk hal-hal keduniaan bukanlah mujahadah.

Mujahadah adalah bersusah payah untuk mendapatkan keredhaan Allah swt, agar agama dapat diamalkan dengan sempurna.
Mujahadah di jalan Allah swt bukanlah kurang makan dan minum atau kurang tidur. Mujahadah yang sesungguhnya adalah merubah tertib hidup dari mengikut hawa nafsu menjadi tertib hidup mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

Mengamalkan agama dengan tertib dan sungguh-sungguh akan meningkatkan iman ke darjat taqwa.
Sejauh mana istiqamah dalam amal, maka sejauh itulah pula Allah swt memberi kefahaman dan pertolongan. Barangsiapa yang ingin keburukannya diganti dengan kebaikan oleh Allah swt, maka harus ikut tertib Nabi saw. Gunakan seluruh waktu dengan amalan sunnah Rasulullah saw.

Secara umum, seluruh perintah Allah swt bertentangan dengan hawa nafsu, bahkan nafsu amarah lebih buruk daripada syaitan, kerana ia mengajak syaitan untuk menentang perintah Allah swt. Orang yang berusaha melawan nafsu amarahnya, maka akan datang kebaikan yang tidak terhingga pada dirinya. Wallahu Alam ....

4 comments:

  1. Aslm,marilah kita bermujahadah untuk mencari keredhoan ALLAH swt...Di akhirat nnt tiada lagi mujahadah, yg ada adalah azab ALLAH swt...Di dunia kita leka untuk dpt wpun 1 pahala.Di mahsyar kita akan jalan beribu2 batu untuk mencari 1 pahala untuk selamatkan diri dari neraka namun belum pasti lagi dapat atau tidak...

    ReplyDelete
  2. Salam..apabila kita belajar susah payah untuk agama,maka Allah akan berikan kita kekuatan dan insyaAllah,kita akan jadi redha dengan susah payah tersebut..sma2 mujahadah untuk agama Allah..

    ReplyDelete
  3. bace komen2 pon dah bg a big push to me.

    adehh..

    ReplyDelete
  4. umma-ali,
    Wsalam wrt wbt. Masya-Allah, betul tu ummu.

    karkunah,
    Insya-Allah .....

    ^inas^,
    Semoga sama-sama dapat manfaat, dunia & akhirat ..

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin