Wednesday, November 11, 2009

Hikmah Di Sebalik Musibah ...

Musibah adalah salah satu dari bentuk kasih sayang Allah swt kepada hambaNya yang masih mempunyai harapan untuk berubah ke arah kebaikan dan berkesempatan masuk syurga. Dan setiap musibah yang datang seharusnya disyukuri, kerana ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.

Allah swt akan memberi imbalan di akhirat nanti atas apa sahaja yang menimpa hambaNya di dunia, sekalipun hanya tertusuk duri. Mungkin musibah yang menimpa adalah merupakan kepada balasan atau kifarah ke atas dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Oleh itu, kita harus bersyukur kerana Allah swt tidak menunda pembalasan dosa-dosa kita di akhirat kelak.
Ada kurnia dari Allah swt yang tidak dapat didapati dengan ibadah solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya tetapi hanya didapati dengan musibah. Orang-orang yang dicintai oleh Allah swt akan diberi musibah agar hatinya hancur, sehingga hidayah mudah meresap ke dalam hatinya.

Hati yang keras ibarat batu tidak dapat ditembus oleh air, tetapi tanah yang lembut mudah menyerap air. Maka hati orang yang beriman akan lembut dengan musibah.
Sabda Rasulullah saw, "Apabila engkau melihat seseorang yang memperoleh kenikmatan dunia padahal dia sering melakukan kemaksiatan, maka ketahuilah bahawa itu adalah istidraj (Penundaan azab dari Allah swt), seperti seseorang yang diberi seutas tali yang dengan tali itu dia dibiarkan menggantung dirinya sendiri".

6 comments:

  1. Aslm, akk pun baru2 ni di timpa musibah, kecik je tapi gelabah...alaa hilang beg duit,ic kita n anak sekali...mula2 terasa jugak peritnya sbb dah la nak kuar ni kan nak juga beli apa2 yg patut...ic pun satu hal juga, nnt org guna ic kita bwt tak baik, kita yg kena...pening jugalah,solat hajat, tanya2 org, cari sana sini sampai hati dpt terima taqdir, repot polis nak bwt ic baru...tuptup, malam tadi lepas solat sunat ba'diah isyak agkat mata nampak kwn tu tergantung kat dinding terus sujud syukur... Allah...bila kita dah putus harap pada benda tu, dah redho, Allah pulangkan balik...menangis akak bkn suka tapi ingat bahwa Allah tarbiah kita mcm2 cara...SubhanAllah...

    ReplyDelete
  2. Umma-ali,
    wsalam ... subhanallah. Betul la kak, tarbiyah Allah tu ada dalam mcm2 bentuk dan cara. Iiskk, terkesan betul saya baca pengalaman akak.

    ReplyDelete
  3. Hati yang keras ibarat batu tidak dapat ditembus oleh air, tetapi tanah yang lembut mudah menyerap air. Maka hati orang yang beriman akan lembut dengan musibah.

    suke ayat ni...

    ReplyDelete
  4. Salam Ahliah,

    Bagaimana hari ini, semoga baik dan ceria..

    hati yg keras diumpamakan spt batu tidak diumpamakan spt besi krn keras batu bila dibakar masih tidak musnah atau cair, sdgkan besi masih boleh cair bila dibakar.. subhanallah..

    berbahagialah org2 yg mempunyai hati yg lembut, mudah menangis menyesali diri, dan menyedari bhw bila ada musibah sedar hakikat Allah nak uji, Allah nak hapuskan dosa.

    ReplyDelete
  5. musibah itu buat kita berfikir dan bila kita sedar ianya ujian Allah...maka syukur atas Allah kerana beri kita musibah itu dan kita bertembah dekat padaNYa...tapi pada mereka yg tak sedar akan anggap musibah ini menyusahkan atau Allah tak sayang..

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin