Monday, July 13, 2009

Mulianya Akhlak Rasulullah Saw

Suatu hari, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Sesiapa yang melihat pasti terliur.

Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas sambil tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat. Tidak kira sedikit atau banyak. Namun kali ini tidak. Tidak seulas pun diberikan kepada para sahabat. Rasulullah SAW terus makan sambil tersenyum, sehingga habis kesemua limau itu. Kemudian, wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari Rasulullah SAW.

Sahabat - sahabat agak kehairanan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan, "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada antara kalian yang akan mengenyet mata atau memarahi wanita berkenaan. Saya bimbang hatinya tersinggung. Sebab itu saya habiskan kesemuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.

Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


Sumber:
Man Jadda Wa Jadda

10 comments:

  1. penah bace nih!
    masa bace tu mmg terpegun~

    ReplyDelete
  2. subhanallah.. teringat pasal hari ini ina sakit perut karna makan yg masam2.. lantas menyalahi makanan yg buat na sakit perut.. Astaghfirullah.. jadi malu dengan Rasulullah saw.....

    Subhanallah.. Rasulullah saw... betapa baiknya dirimu.......

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak atas perkongsian yg bermnfaat~
    Muhammad is our HERO!!

    ReplyDelete
  4. ^inas^
    Jomle kita contohi akhlak baginda saw :)

    namaku ina,
    Makanan yg masam2 itu cuma asbab. Yang beri sakit itu Allah, yang menyembuhkan juga Allah swt. Setiap kejadian ada hikmahnya, Insya-Allah ;)

    iqbalsyarie,
    Sesungguhnya Rasulullah saw itu adalah sebaik-baik contoh tauladan.....

    ReplyDelete
  5. Kita jarang mensyukuri pemberian yang Allah beri...kekadang x ikut selera tekak..kita komen dan bersungut mengenai makanan tersebut...masyaAllah..sungguh beza sifat kita dengan sifat Nabi..muhasabah diri..:)

    ReplyDelete
  6. dalam Al QUran pun dah endorse Rasullah ni suri teladan yang baik...ali imran ayat 21...yg berbunyi....
    Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

    ReplyDelete
  7. karkunah,
    Ya .. sama2 lah kita. Insya-Allah :)

    DaliaLiyana,
    Ya, betul .... ;)

    ReplyDelete
  8. Ya Allah.. ah.. lihat.. ina masih saja menyalahkan makanan yg masam2..padahal yg beri sakit itu adalah Allah.. :(

    betapa lemah dan bodohnya diri ini..

    ReplyDelete
  9. kalau semua dapat mencontohi rasulullah.. aman dunia ni kan? :)

    ReplyDelete
  10. ummumishkah,
    Ha'ah ... betul tu. Err, tapi nanti polis x de keje plak ekk..?? ;D hikssss

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin