Thursday, July 23, 2009

Sampaikan ......


  • Anak yang belajar "Bismillahir Rahmanir Rahim", maka Allah swt akan mengampuni tiga orang yang menjadi penyebabnya, iaitu (1)Ayahnya (2) Ibunya (3) Gurunya. (Abu Nashr Samarqandi)
  • Wajib menyampaikan apa yang diketahui kepada orang lain walaupun hanya satu ayat. (Bukhari)
  • Barangsiapa mengajak manusia ke arah hidayah, maka dia akan memperolehi pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa dikurangi sedikit pun dari pahala orang yang di ajak. Dan jika mengajak kepada kesesatan, maka dia akan mendapat dosa seperti orang mengikutinya tanpa mengurangi sedikitpun dosa orang yang diajaknya. (Tirmidzi). *maksudnya, yang mengajak dan di ajak tetap berdosa*
  • Jangan memberi fatwa tanpa ilmu. Barangsiapa memberikan fatwa kepada orang lain tanpa ilmu, bererti dia menanggung dosanya. (Ibnu Majah)
  • Jangan memberi petunjuk yang salah kepada orang lain. Barangsiapa menunjuki saudaranya ke jalan yang salah, maka ia adalah pengkhianat. (Ibnu Majah)
  • Barangsiapa yang mengajarkan Al-Quran kepada anaknya, maka Allah swt akan memberikan tiga pakaian dari syurga pada hari Kiamat. Satu pakaian di antaranya lebih baik daripada dunia dan seisinya. (Hasan Al-Basri)
  • Sebaik-baik sedekah ialah mempelajari ilmu, lalu mengajarkannya kepada orang lain. (Abu Nashr Samarqandi)
Dipetik dari: Petunjuk Sunnah & Adab-Adab Seharian, Ustz. H.A. Abdurrahman Ahmad- As- Sirbuni

6 comments:

  1. tumpang setangan yek... bagus pekongsian nih...

    ReplyDelete
  2. assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh..

    salam sejahtera untukmu.. semoga Allah beri rahmat dan berkat-Nya untukmu..

    (salam pun boleh la disampaikan..ya :D )

    ReplyDelete
  3. Jasmin,
    OO kak .. bukan setakat setangan, sekaki, selutut, sesiku pon boleh, heheheheh ;)

    namaku ina,
    Wsalam wrt wbt, Ina. semoga Allah swt juga memberi rahmat dan barokahNya ke atas kamu dan untuk semua umat Islam juga, Insya-Allah :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum

    alhamdulillah byk juga ilmu saya dapat disini..salam ukhuwah ya

    ReplyDelete
  5. terima kasih... perkongsian yg indah.

    ReplyDelete
  6. Ummi-Izah,
    Wsalam wrt wbt. Al-hamd. Moga sama2 dapat manfaat, Insya-Allah :)
    Salam ukhwah juga ....

    mohamadkholid,
    Sama-sama. Insya-Allah

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin