Tuesday, July 28, 2009

Bersangka Baik terhadap Ujian Allah Swt

Daripada Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi bahawa keduanya masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya, "Bagaimana keadaanmu pagi ini?". Dia menjawab, "Aku berada dalam keadaan baik". Syaddad berkata kepadanya, "Bergembiralah engkau dengan perkara yang menghapuskan dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku mendengar Rasulullah bersabda, Sesungguhnya Allah swt berfirman, Apabila aku menguji seseorang dari hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan ibunya, bersih daripada segala kesalahan, dan Tuhan berfirman kepada malaikat penulis amal itu, Aku sudah mengikat hamba-Ku itu dan mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) ketika ia berkeadaan sihat." (HR Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi)

Alangkah beruntungnya mereka ditimpa ujian Allah, tetapi reda dengan keadaannya kerana tidak ramai daripada kita apabila didatangkan ujian sedangkan Allah menjanjikan amalan baik untuk mereka yang tidak merungut.

Sepatutnya apabila berhadapan dengan keadaan kurang menyenangkan, hendaklah kita bersangka baik kerana mungkin itu untuk menghapuskan dosa atau peringatan supaya kita bermuhasabah diri.

Ada kalanya, teguran daripada ahli keluarga atau rakan menyebabkan kita marah dan enggan menerima kritikan, tetapi teguran Allah mungkin dengan cara mendatangkan musibah menimbulkan keinsafan untuk menilai kembali perkara yang kita lakukan.

Nabi saw bersabda yang bermaksud, "Tidak ada sesuatu menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan mengingatkan apa yang berlaku sehinggakan tikaman duri mencucuknya melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosanya." (HR Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah).

Begitu juga apabila didatangkan sakit berpanjangan, kita dilarang sekali berdoa meminta mati hanya kerana tidak tahan menanggung ujian sakit dan ingin ditamatkan segera kesakitan itu. Sebaliknya, jangan kita berputus asa berdoa supaya diberi kesabaran dan pada masa sama mengharapkan belas ehsan-Nya supaya dikembalikan nikmat kesihatan.

Ada kalanya, keadaan kita yang terdampar sakit bukan hanya kerana Allah ingin menguji kita, tetapi juga orang di sekeliling seperti ahli keluarga dan saudara mara. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Jangan sekali-kali seseorang kamu bercita-cita hendakkan mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; jika keadaannya mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata, Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." (HR Anas)

Sumber: Serikasih.blogspot.com

6 comments:

  1. assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh

    Subhanallah..

    senantiasa berprasangka baik pada Allah... bukanlah hal yang mudah ya, Ummie.. kadang lisan ucap kata kita ikhlas.. tapi hati masihlah tak senada dengan lisan..

    semoga hati kita senantiasa berbaik sangka pada Allah swt..

    amiin ya Allah..

    ReplyDelete
  2. Sabar dan takwa. InsyaAllah pertolongan Allah akn dtg dan melenyapkan segala kesusahan dan kepayahan.

    ReplyDelete
  3. "Ada kalanya, keadaan kita yang terdampar sakit bukan hanya kerana Allah ingin menguji kita, tetapi juga orang di sekeliling seperti ahli keluarga dan saudara mara." - menguji cara org yg sehat masa tgk org yg sakit. menguji cara org yg senang masa tgk org yg susah..

    ReplyDelete
  4. Gua nak ajak lu datang makan kenduri kat blog gua.Folo baca doa skali pun takpa.

    ReplyDelete
  5. namaku ina,
    wsalam wrt wbt. Pencuci yang terbaik untuk hati adalah zikrullah. Maka, perbanyakkanlah zikir. Sesungguhnya ia adalah amalan yang ringan, tetapi berat pula timbangannya, Insya-Allah.

    ahlia azharjaafar,
    Dia yang memberikan ujian, dan Dia jugalah yang memberi pertolongan. Subhanallah ....

    ^inas^
    Ya, betul tu Inas. Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara .... Allahu Akbar

    FdausAmad,
    Insya-Allah.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, ini kesah bersangka baik, satu hari seorang lelaki sedang menukar tayar keretanya yang rosak, setelah siap diletakkan tayar pada rim,didapatinya keempat-empat skrunya telah hilang, ia mencari kesana kemari dalam keadaan marah. Telatahnya diperhatikan oleh seorang gila berpakaian compang camping dan ia bertanya mengapa ia kelihatan gelisah., tetapi orang ini berkata "kamu orang gila apa kamu tahu jangan ganggu aku" marah orang lelaki tersebut, tetapi org ini mendesak juga akhirnya lelaki ini menceritakan kesah kehilangan sekeru tayar keretanya, kata orang ini "ini senang saja, awak tanggalkan setiap tayar yang lain satu skru dan masukkan pada tayar tadi kemudian pandu perlahan-lahan kebengkel kereta untuk dibaiki" Lelaki ini berkata betul juga. sebab itu setiap keadaan yang berlaku kepada kita jgn cepat kita melihat yang negatif. "Allah `Ala kullihal"

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin