Tuesday, July 21, 2009

Adab Makan

Makan pun akan dilihat sebagai ibadah jika kita mengikut cara makan seperti Rasulullah saw. Islam melalui Rasulullah saw mengajar cara atau adab makan dan minum supaya ia berkesan di dalam kehidupan dan membezakan antara orang kafir dan orang Islam dan membezakan antara manusia dengan haiwan.



  • Dahulukan dengan membaca Bismillah ketika hendak makan atau minum bagi mendapatkan keberkatan terhadap makanan tersebut. Juga sebagai tanda terima kasih terhadap Allah swt yang memberikan rezeki.
  • Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan. Rasulullah saw bersabda, “Membasuh tangan sebelum makan menghilangkan kefakiran dan membasuh tangan sesudahnya menghilangkan(penyakit syaraf)". (HR Ath -Thabrani)
  • Sabda Nabi saw, "Apabila seseorang kamu mula makan maka hendaklah dia membaca bismillah. Jika dia terlupa membacanya, maka bacalah : Bismillah awalnya dan akhirnya". (HR Imam Abu Daud & Imam At Tirmidzi)
  • Membaca doa sebelum makan.
  • Makan dengan tangan kanan. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Umar bin Abu Salamah r.anhu Katanya , "Aku berada dipangkuan Rasulullah saw sewaktu aku masih kecil dan tangan ku sentiasa meraba-raba di dalam tempat makanan. Maka berkata Rasulullah saw kepada ku, "Wahai anak kecil, baca Bismillah, makan dengan tangan kananmu dan makan apa yang ada di hadapanmu".
  • Islam juga melarang (tidak sampai taraf haram) makan di dalam keadaan bersandar kerana ianya banyak meninggalkan kesan yang kurang baik dari segi kesihatan dan akan lekas tua. Ini berdasarkan hadith Rasulullah saw, "Aku tidak makan bersandar .."
  • Muliakan orang yang lebih tua dahulu untuk memulakan. Seperti hadith Rasulullah saw, "Apabila kami bersama Rasulullah saw menghadapi makanan, kami tidak menghulurkan tangan sehingga Baginda memulakan jamah makanan tersebut terlebih dahulu".
  • Rasulullah saw tidak pernah makan sendirian,sabdaan baginda, ”Makanan yang terbaik ialah makanan yang paling banyak mengambilnya”. (HR Abu Daud). Dari Wahsyi bin Harbin bahawasanya para sahabat Nabi saw berkata, "Wahai Rasulullah kami makan tetapi tidak kenyang, Rasulullah bertanya, "Barangkali kamu makan sendiri-sendiri?". Para sahabat menjawab, "Benar, ya Rasulullah". Rasulullah saw bersabda, "berkumpullah pada makanan kalian, berdzikirlah dengan menyebut nama Allah untuk makanan itu nescaya makanan kalian akan diberkahi untuk kalian." (HR Abu Dawud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)
  • Jangan membazirkan makanan. Adalah Rasulullah saw apabila memakan makanan selalu menyisip ketiga jarinya seraya berkata, " Jika terjatuh suapan seseorang kamu hendaklah dia mengutipnya dan hendaklah dimakan dari ditinggalkannya untuk dimakan oleh syaitan".
  • Memalit-malit sisa-sisa makanan di dalam piring. Sabda Nabi saw,"Kamu tidak tahu yang mana satu dari makanan kamu yang ada berkat".
  • Membaca doa selepas makan.
Dipetik dari: Rahsia Membentuk Keluarga Muslim. Tulisan Ustaz Shaari Che In

5 comments:

  1. assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh

    Ummie.. ina belum bisa ni mengamalkan adab makan berjamaah (makan dalam satu wadah bersama2). Padahal itu sunnahnya Rasul ya, ummie?

    ReplyDelete
  2. salamu'alaykum..
    ukhty,menarik..
    pngetahuan asas dn umum mcm ni la yg kne dititikberatkan..
    sbb ia akn jd drh dgg kta dn amalan harian..
    =)
    da lame jg ana ta mkn brjemaah..
    slalunya abah dn ummi ana je yg brjemaah dlm satu pinggan..
    hrp2 dpt la..sntiasa amalkan..

    ReplyDelete
  3. Salam,
    izinkan untuk menambah atau bertanya..

    1. Menghisap2 jari setelah selesai makan.
    2. Makan dalam satu talam, yakni secara berjemaah (selalu amalkan bersama2 karkun).
    3. Dilarang campur makanan darat dan laut. Cth ikan + daging.
    4.Makan buah2an sebelum makan, bukan setelah makan.

    Pada pendapat, ahliahnizam, boleh x sertakan hadis? Ataupun pendapat saintifik?

    Jazakallah

    ReplyDelete
  4. namaku ina,
    wsalm awrt wbt. Makan secara berjemaah adalah salah satu dari sunnah nabi saw. Ia dapat mengeratkan tali siraturahmi antara sesama. Sesungguhnya dalam sunnah itu ada 1001 kebaikan :)

    Waalaikumsalam ya ukhti Zaharah,
    Insya-Allah, sama-samalah kita amalkan cara hidup mengikut cara hidup yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

    Affan Ruslan,
    Saya pun ada mendengar tentang itu. Tapi tidak pasti tentang hadisnya. Insya-Allah saya akan cuba ikhtiarkan. Tapi nak betulkan sedikit, setelah selesai makan, bukanlah menghisap2 jari, tetapi menyisip2 nya sahaja. Wallahu Alam.


    p/S : Entry ini akan diupdate dari masa ke semasa, Insya-Allah

    ReplyDelete
  5. bagus sungguh info ini... i follow...

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin