Friday, July 31, 2009

Kisah Ummu Sulaim

Ummu Sulaim r.anha adalah ibu kepada Anas r.anhu. Selepas kematian suaminya, tinggallah beliau sebagai janda buat beberapa ketika dengan harapan agar beliau dapat memberikan didikan yang sewajarnya terhadap anak lelakinya. Beliau kemudiannya telah dikahwinkan dengan Abu Talhah r.anhu dan dari perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahayamata lelaki, Abu Umair namanya. Rasulullah saw pernah ke rumahnya dan bermain-main dengan anak mereka.

Pada suatu hari Abu Umair telah ditimpa sakit dan pada ketika itu Abu Talhah sedang berpuasa. Ketika Abu Talhah telah keluar untuk menguruskan kerjanya, budak itu pun meninggal. Kemudian Ummu Sulaim telah memandikan dan membaluti mayat itu dan meletakkannya di tempat tidur anaknya itu.
Setelah selesai, dia pun mandi dan menghiasi dirinya. Apabila suaminya pulang kerumah dan membuka iftarnya lantas beliau bertanya, "Bagaimanakah keadaan anak kita?". Ummu Sulaim menjawab, "Anak kita berada di dalam keadaan aman". Beliaupun berpuas hati. Pasangan itu kemudiannya bersatu pada malam itu.

Apabila mereka bangun pada paginya, Ummu Sulaim bertanya kepada suaminya, "Andaikata seseorang itu telah diamanatkan dengan sesuatu, patutkah ia menyampaikan permintaan yang telah diamanatkan kepadanya atau tidak?". Jawab Abu Talhah, "Ia mestilah menyampaikannya. Ia tidak mempunyai hak untuk menyimpannya".
Balas Ummu Sulaim, "Abu Umair telah diamanatkan oleh Allah swt kepada kita. Beliau telah pun kembali". Abu Talhah diselubungi perasaan sedih dan pilu. Beliau berkata, "Tetapi mengapakah dikau tidak mengkhabarkan kepadaku sebelum ini?". Lalu beliau pergi menemui Rasulullah saw dan menceritakan kisah beliau kepada baginda. Baginda saw lalu berdoa untuknya dan bersabda, "Barangkali Allah swt akan memberkati persetubuhanmu dengan isterimu".

Seorang dari para sahabat berkata, "Daku dapat hidup untuk menyaksikan kesan dari keberkatan doa Rasulullah saw. Hasil dari penyatuan Abu Talhah dan isterinya pada malam itu, mereka dikurniakan seorang cahayamata lelaki bernama Abdullah. Abdullah pula telah mempunyai sembilan orang anak lelaki, yang mana kesemuanya telah menjadi Qari".


Untuk mencapai perasaan ini, memerlukan keberanian dan kesabaran seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Ummu Sulaim di saat kematian anaknya. Beliau tidak suka suaminya mengetahui akan kematian anaknya ketika suaminya sedang berpuasa serta memerlukan makanan dan juga rehat.

Sumber: Kisah Sahabat, kitab Fadhail Amal

2 comments:

  1. assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh

    aah.. ummu sulaim r.ha adalah salah satu sahabiyah yang ina amat sukai! lalu..ada satu lagi.. lupa namanya.. yang kisahnya ia pakai mahar dengan kalimat thayyibah... siapa ya..

    ReplyDelete
  2. Wsalam wrt wbt ....
    Kalau tidak silap ummie, dia itu ummu sulaim r.nha juga ;)

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin