Saturday, July 18, 2009

Kisah Suami Isteri Dengan Pengemis

Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Tiba-tiba pintu rumah mereka diketuk, si isteri lalu pergi membuka pintu. Ternyata ada seorang pengemis yang berdiri dimuka pintu rumahnya. Si pengemis itu meminta belas kasihannya agar dapat memberinya makanan, walaupun sedikit.

Si isteri pun meminta izin dari suaminya, "Bolehkah saya memberikan pengemis itu sedikit makanan ?". Suaminya menjawab dengan suara yang keras, "Ah! jangan bagi dia apa-apa pun. Halau pengemis itu dan tutup pintu!!". Si isteri menurut saja tanpa membantah walaupun di dalam hatinya merasa amat sayu dan kasihan kepada pengemis itu.

Beberapa lama kemudian, perniagaan yang diusahakan oleh si suami telah jatuh merosot dengan teruk dan mereka kini hidup dalam keadaan yang miskin dan susah. Hidup mereka dikelilingi hutang dan oleh kerana selalu bertengkar, mereka pun berpisah.

Beberapa lama kemudian, si isteri ini berkahwin lagi dengan seorang saudagar. Pada suatu hari, ketika suami isteri ini sedang menikmati makanan, isterinya mendengar ada ketukan di pintu rumah mereka. Setelah pintu dibuka, ternyata tetamu yang tidak diundang itu ialah seorang pengemis yang meminta makanan.

Si isteri meminta izin kepada suaminya untuk memberi si pengemis itu makanan. Jawab suaminya, "Ya, berikanlah pengemis itu makanan, wahai isteriku". Ketika si isteri memberikan pengemis itu beberapa keping roti, alangkah terkejutnya dia bahawa si pengemis itu adalah bekas suaminya dahulu. Dia pun berlari masuk ke rumahnya sambil menangis terisak-isak. Dia pun menceritakan hal itu kepada suaminya.

Setelah mendengar cerita isterinya, si suami bertanya kepada isterinya, "Tahukah kamu siapa aku sebenarnya?". Isterinya menggelengkan kepala sambil tersedu-sedu. Sambung si suami, "Akulah pengemis yang dahulunya diusir oleh bekas suamimu".

*Dipetik dan diubahsuai dari buku Fadhilat Wanita Solehah, tulisan A. Abdurrahman Ahmad.*

6 comments:

  1. assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh..

    Masya Allah..betapa indahnya jika bisa menjadi wanita sholehah ya..

    ReplyDelete
  2. salam.. Maha Suci Allah.. semoga semua kita dapat ambil iktibar.. jgn bakhil.. berdoa dan berikhtiarlah jgn jd mcm ini..

    ReplyDelete
  3. namaku ina,
    wsalam wrt wbt. Yuk sama2 kita doa agar bisa jadi sepertinya sahabiah r.anha ;)

    Werdah,
    Amin .... Ya Allah

    ReplyDelete
  4. masyaAllah..sy jg prnh mengalami kisah yg sama..adik llki sy mengadu kehilangan duit sbyk rm250..jd sy d suruh menenangknnya sbb dia trlampau sedih sgt2..sy pn pjuk la mcm2..tp x jln jgk..

    Alhmdulillah masa tu Allah ingtkn sstu..ttba sy bertanya..ada tak org mnta sedekah hrni tp ko tak bg?? dia tkejut dgn prsoalan sy n mjwb..ada tp masa nk naik komuter tp aku xda duit kecik..rm 50 je aku ada..

    sy pn senyum kt dia n dia mbalas senyuman sy tnda phm..dia geleng kepala smbl berkata: masyaAllah..aku blm dpt sifat sahabat lg..

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin