Orang-Orang Islam dahulu begitu takut bersentuhan kulit dengan perempuan yang bukan muhrim. Nilai-nilai Islam pada masa itu masih dipegang kuat. Apabila ada seorang anggota masyarakat ingin melakukan perkara sumbang, maka orang lain akan bertindak mencegahnya.
Undang-undang Islam dikuatkuasa untuk mencegah sebarang bentuk jenayah. Lihatlah kisah berikut yang menunjukkan keindahan masyarakat Islam masa lampau:
Dalam satu kafilah (rombongan) ada seorang lelaki telah terpikat pada seorang perempuan jelita. Setelah jauh malam, dia mula menghampiri perempuan itu untuk menggodanya. Perempuan itupun berkata, "Lihatlah, adakah semua orang sudah tidur?"
Gembiralah lelaki itu kerana menyangka harapannya akan dipenuhi. Setelah mengelilingi kafilah tersebut, didapatinya semua orang sudah tidur. Diapun berkata kepada perempuan itu, "Betul, semua orang sudah tidur."
Perempuan itu bertanya lagi, "Bagaimana pula dengan Allah swt? Adakah Dia tidur pada saat ini?"
Lelaki itu tersentak lalu menjawab, "Sesungguhnya Allah swt tidak pernah tidur dan tidak pernah mengantuk."
Perempuan itupun berkata, "Sesungguhnya Allah swt tidak pernah tidur. Dia sentiasa melihat kita walaupun kita tidak melihatNya. Maka takutilah Dia."
Lelaki itu tersedar dan terus meninggalkan niat jahatnya lantaran takutkan Allah swt. Dia menangis dan bertaubat lalu kembali ke rumahnya.
Setelah dia meninggal, ada orang bermimpi berjumpa dengannya lalu bertanya, "Bagaimana keadaanmu?" Dijawabnya, "Allah swt telah mengampuni aku sebab takutku kepadaNya dan meninggalkan perbuatan dosa itu."
Petikan dari "Rangkaian Kisah-Kisah Bidadari".
Thursday, October 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nice... very nice...
ReplyDeletetp, kesalahan kecik kdg2 tak nmpk.. cam ne nak buat ahh?
sayangnya sekrg ni. bukan takat bersentuhan kulit...berzina pun sdh jd perkara biasa!! Nauzubillah!!!
ReplyDeletesalam kak,
ReplyDeleteentah apa beza orang dulu dengan sekarang?agaknya orang sekarang dah terlalu pandai sangat kot.
Salam Ahliah,
ReplyDeleteSemoga Allah berikan kesembuhan buat Ahliah.. semoga sihat sejahtera Amiin..
Ahliah, org2 sekarang lebih takutkan tak ada kerja, tak ada kereta, tak ada duit dan rumah besar, takut jika anak2 tak dapat belajar tinggi2 hingga abaikan pelajaran yg sepatutnya diberi ialah takutkan Allah dan siksaanNya..
Tingkatan takut kpd Allah ni kak ada tulis di sini http://permatainn.blogspot.com/2009/10/takut.html jika ada sesiapa yg sudi baca.
Memang baca N3 Ahliah ni mengingatkan kita supaya sentiasa takut kpdNya dan berusaha utk mengelakkan dp berbuat perkara2 yg salah..
^inas^,
ReplyDeleteMcm mana nak nampak, kalau mata hati berkarat. Nak terangkan hati, kene banyak zikir, istighfar ... Insya-Allah :)
ain,
Astaghfirullah ... semoga kita semua selalu dalam lindungan dan redha Allah swt.
ummi adibah,
Org dulu fikir atas iman, org sekarang fikir atas dunia, harta, pangkat .... astaghfirullah.
werdah,
Amin .... amin ya Allah. Mekasih kak werdah :)
Iya kak ... takut kita semata-mata hanya padaNya. Insya-Allah saya akan baca N3 akak tu. semoga kita semua sama2 dpt manfaat ...
Salam akak.
ReplyDeleteindah3. kena lebih muhasabah :)