Friday, August 21, 2009

Ramadhan Oh Ramadhan ......

Kali ini Ramadhan datang lagi
Membawa bersama seribu rahmat yang menanti
Untuk insan yang mahu mengerti .....

Kali ini Ramadhan datang lagi
Pahala amalan dijanji banyak tak terperi
Kerana Allah swt maha memberi ....

Kali ini Ramadhan datang lagi
Adakah kita sedarkan diri
Membuat amalan hingga ke hujung hari ...

Kali ini Ramadhan datang lagi
Al-hamdulillah dapat kita menyambutnya sekian kali
Tapi adakah ketika kedatangannya lagi
Dimanakah kita di waktu itu nanti ??? .....

3 comments:

  1. Tidurlah orang yang berpuasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipatgandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan - riwayat al-baihaqi

    salam ramadhan~

    ReplyDelete
  2. Dalam bulan Ramadhan barangsiapa membuat satu amalan sunat digandakan ganjaran sama dengan amalan fardu(wajib),satu amalan wajib diganda 70 kali amalan farzu, jika beramal di Masjid Aqso diganda lagi dgn 25,000 kali, di Masjid Nabi 50,000 kali dan di Masjidil Haram 100,000 dan barangsiapa berjihad keluar dijalan Allah swt diganda sekurang-kurangnya 700,000 kali ganda jika beramal pula dimalam lailatul qodar diganda pula 1000 bulan masyaallah tak terkira banyaknya pahala, Allah nak beri kepada kita kebaikan didunia dan akhirat maka kitalah yang perlu usaha dan rebut peluang yang diberi allah swt, semuga allah beri taufik dan hidayah pada kita untuk beramal dan sebutlah nama saya insan yg banyak dosa ini bila anda berdoa pd allah.

    ReplyDelete
  3. ^inas^,
    Amin .... amin ya Allah.

    ummu zulaikha,
    Insya-Allah. Sama2lah kita memburu ganjaran yg dijanji Allah swt pada hamba2Nya ...

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin