Thursday, August 20, 2009

Fadhilat Ramadhan

Firman Allah Taala yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman, difardhukan ke atas kamu puasa, sebagaimana difardhukan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." (Al-Baqarah : 183).

Daripada Abu Hurairah r.anhu, sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda, "Apabila datangnya Ramadhan dibuka pintu syurga, dikunci pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan." (HR Bukhori dan Muslim).


Daripada Abu Hurairah r.anhu, sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda, "Puasa itu perisai. Jangan berkata keji dan jangan mengumpat. Jika seseorang menyakitinya atau memaki hamunnya, maka katakanlah, Sesungguhnya aku berpuasa (2 kali). Dan yang diri Muhammad saw di tanganNya, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada kasturi. Hambaku meninggalkan makan minumnya dan syahwatnya kerana aku. Puasa itu bagiKu dan Akulah yang memberi pahalanya. Dan kebaikan itu digandakan 10 kali pahala seumpamanya." (HR Bukhori).

Daripada Abu Hurairah r.anhu, telah bersabda Rasulullah saw, Allah swt telah berfirman : "Setiap amalan anak Adam baginya kecuali puasa; kerana sesungguhnya puasa itu bagiKu dan Akulah yang memberi ganjarannya. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, janganlah berkata keji, mengumpat dan berbalah. Jika dimaki hamun seseorang atau menyakitinya, maka katakanlah : 'sesungguhnya aku berpuasa'. Dan yang diri Muhammad saw di tanganNya, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada kasturi. Dan bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan. Gembira ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhannya kerana puasanya." (Hadis Qudsi Riwayat Bukhori).


Daripada Sahlin r.anhu : Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda, "Sesungguhnya di dalam surga terdapat satu pintu yang dinamakan pintu 'Al-Rayan' yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa. Ditanyakan (oleh pintu tersebut): 'Di manakah orang-orang yang berpuasa?' Maka mereka pun masuk dari pintu tersebut. Setelah semua orang yang berpuasa memasukinya, pintu itu pun ditutup dan tak akan ada lagi yang masuk melaluinya." (HR. Muslim, dari Sahl Ibn Sa'd).

Daripada Abu Hurairah r.anhu : Telah bersabda Rasulullah saw, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan menghidupkannya dengan penuh keimanan dan ketaatan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu, dan sesiapa yang menghidupkan malam 'Lailatul Qadar' dengan penuh keimanan dan ketaatan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu". (HR Termizi).

Telah bersabda Rasulullah saw, "Ramadhan ke Ramadhan, dan Jumaat ke Jumaat, dan sembahyang ke sembahyang, menghapuskan dosa antaranya, jika menjauhi dosa-dosa besar". (Hadis Sohih Riwayat Ahmad, Muslim dan Baihaqi).


Telah bersabda Rasulullah saw, "Ia (Ramadhan) ialah bulan sabar, dan sabar itu pahalanya syurga." (Hadis Sohih Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi).


Telah bersabda Rasulullah saw, "Awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan Allah, dan akhirnya pelepasan dari Neraka." (Hadis Sohih Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi).


Daripada Ibnu Umar r.anhu, telah bersabda Rasululllah saw, "Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang dusta serta beramal dengan perbuatan yang batil dan tohmah, maka Allah tidak memandang dan tidak menerima puasa tersebut." (HR Bukhori).


Daripada Abdullah r.anhu, ketika kami bersama Rasulullah saw, baginda bersabda, "Sesiapa yang berkeinginan untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, kerana kahwin itu menjaga pandangan dan kehormatan. Barangsiapa yang tidak berupaya maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat mengurangkan syahwat." (HR Bukhori).


Sumber: firdausi83.blogspot.com

5 comments:

  1. salam...sama2 kita mencari lailatul qadar....

    ReplyDelete
  2. kat kuching selalu bukak puasa ade makanan tradisi ape2 ke?

    ReplyDelete
  3. salam Ahliah..tazkirah ramdhan yg baik. semoga kita sama2 mendapat kebrkatannya!!

    SELAMAT MENYAMBUT RAMDHAN AL-MUBARAK UTK AHLIAH SEKELUARGA!!

    ReplyDelete
  4. assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh

    mari kita berburu pahala di bulan Ramadhan.. insya Allah..

    Ahlan wa Sahlan Yaa Ramadhan ~

    * ina dan keluarga *

    ReplyDelete
  5. alimaz,
    Insya-Allah :)

    ^inas^,
    Hmm .. biasa2 je kot. Akak ni asal ade je, dah kire ok la tu .. hehehehe ;)

    ain,
    Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelumnya, Insya-Allah ...:)

    namaku ina,
    Wsalam wrt wbt. Ya Ina, di bulan yang penuh barokah ini, pintu kebaikan dibuka seluas-luasnya. Rugilah mereka-mereka yang tidak merebutnya. Sesungguhnya Allah swt itu amat penyayang kepada hamba2Nya :)

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin