Saidatina Fatimah r.anha biasa menggunakan pengisar untuk mengisar biji-bijian yang menyebabkan katimumul terdapat di atas tangan beliau. Beliau mengangkut air ke rumahnya di dalam sebuah beg kulit yang telah menyebabkan timbul parut-parut di bahagian atas dadanya. Beliau mencuci rumahnya seorang diri menyebabkan pakaiannya kotor.
Sekali peristiwa di mana beberapa orang tawanan perang di bawa ke Madinah. Saidina Ali r.anhu berkata kepda isterinya, "Pergilah dikau kepada Rasulullah saw dan memohon kepada baginda untuk mendapatkan seorang pembantu supaya dapat membantumu melakukan pekerjaan di rumah.
Saidatina Fatimah r.anha kemudiannya pergi mendapatkan Baginda saw tetapi beliau mendapati ramai orang mengelilingi Rasulullah saw. Oleh kerana beliau seorang yang bersopan -santun, maka beliau tidak berani untuk memohon bantuan Rasulullah saw di khalayak ramai. Maka beliau pun pulang ke rumah.
Pada keesokan harinya Rasulullah saw telah datang ke rumah Fatimah r.anha dan bersabda, "Wahai Fatimah, apakah yang menyebabkan engkau menemuiku kelmarin?. Fatimah r.anha merasa malu dan mendiamkan dirinya. Ali r.anhu pun berkata, "Wahai Rasulullah saw, Fatimah telah ditumbuhi katimumul di atas tangan-tangannya dan di dadanya disebabkan beliau mengisar dan mengangkat air bersendirian. Beliau juga sibuk mencuci dan menguruskan hal rumahtangga sehingga menyebabkan pakaiannya menjadi kotor. Daku memberitahunya mengenai tawanan-tawanan perang itu dan menasihatinya pergi menemuimu dan memohon seorang babu".
Kemudian Rasulullah saw bersabda, "Takutilah akan Allah, wahai Fatimah. Perolehilah takwa dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah swt dan urusan rumahtanggamu. Sewaktu dikau hendak tidur, ucaplah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan AllahuAkbar 34 kali. Dengan ini dikau akan dapati ianya lebih berguna dari seorang pembantu. Fatimah r.anha menyatakan, "Daku berpuas hati dengan Allah swt dan RasulNya".
Dipetik dari kitab Fadhail Amal.
P/S : Mari kita sama-sama amalkan, Subhanallah 33 kali, Al-Hamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 34 kali. Insya-Allah .....
Tuesday, July 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
subahanallah.
ReplyDeleteAlhamdulillah....satu perkongsian yang benar-benar menarik....itulah kelebihannya apabila kita mengamalkan apa yang disuruh oleh Rasulullah SAW...amalan ini lebih baik dari seorang pembantu....bayangkan betapa besarnya rahmat Allah....SubhanAllah.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini... (",)
Ummu Solehah Muhammad & LuQmAn NuL HaKiM Bin HaMzAH,
ReplyDeleteMaha Suci Allah ..... Sesungguhnya Allah swt itu maha pengasih & penyayang
Allah ... terpakai akaun cik abe lagi. IIskk, lupe nak log out le tuu. :)
ReplyDeleteina belum bisa istiqamah untuk amalan ni.. kadang mata terkantuk-kantuk.. jadi lupa sedang dzikir apa.. :(
ReplyDeleteJadinya .... jangan sampai benar2 kantuk baru mahu bobo :D hehehehe
ReplyDelete