Abu Hurairah r.anhu meriwayatkan Rasulullah saw bersabda, "Belajarlah Al-Quran & bacalah ia kerana seseorang yang belajar Al-Quran, membaca dan menyebutnya di dalam sembahyang Tahajjud (solat di tengah malam) adalah seumpama satu bekas yang terbuka yang penuh dengan kasturi, baunya yang semerbak merebak ke seluruh tempat itu. Dan seseorang yang telah belajar Al-Quran tetapi tidur sementara Al-Quran berada di dalam hatinya, adalah seumpama bekas yang penuh dengan kasturi tetapi mulutnya tertutup".
Abu Musa r.anhu meriwayatkan Rasulullah saw bersabda, "Seseorang Mukmin yang beriman yang membaca Al-Quran adalah seumpama 'turanj' ( limau manis ) yang mempunyai bau yang sedap dan rasa yang manis. Seseorang mukmin yang tidak membaca Al-Quran adalah seumpama buah tamar yang tidak mempunyai bau walaupun ianya berasa manis. Orang munafik yang tidak membaca Al-Quran adalah seumpama buah liar yang mempunyai rasa yang pahit dan tidak mempunyai bau. Orang munafik yang membaca Al-Quran adalah seumpama bunga raihan, yang berbau harum tetapi mempunyai rasa yang pahit".
Umar r.anhu meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda, "Allah memuliakan ramai orang melalui kitab ini (Al-Quran) dan Dia juga merendahkan dan menghina ramai orang dengan perantaraan yang sama".
Sumber: Fadhilat Al-Quran, kitab Fadhail Amal
P/s : Sama-samalah kita jadikan membaca Al-Quran sebagai amalan harian, Insya-Allah.
Friday, July 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment