Ikram muslimin bermaksud memuliakan saudara seislam. Sebagai saudara seagama, kita hendaklah cuba untuk menunaikan hak-hak saudara kita tanpa menuntut hak kita. Seperti kita sebagai ibu bapa hendaklah tahu hak yang kita patut tunaikan kepada anak-anak, dan juga kita sebagai anak kepada ibu bapa kita. Hak seorang suami terhadap isterinya, begitu juga sebaliknya, hak seorang jiran kepada jirannya dan lain-lain lagi.
Sabda Rasulullah saw yang lebih kurang maksudnya, "Orang Islam adalah saudara bagi orang Islam yang lain, janganlah menzaliminya dan jangan pula membiarkan dia dizalimi. Barangsiapa menunaikan hajat seorang saudara Islam yang lain maka Allah akan menunaikan hajatnya. Barangsiapa melepaskan kesusahan saudaranya, Allah akan melepaskannya dari kesempitan-kesempitan pada hari kiamat kelak. Barangsiapa yang menutupi keburukan saudaranya, maka Allah akan menutupi keburukannya di hari Akhirat".
Rasulullah saw adalah contoh sebaik-baiknya untuk kita umat Islam. Bagaimana sifat baginda yang lemah lembut dalam melayan insan-insan di sekelilingnya. Sifat ikram baginda bukan hanya setakat kepada saudara seagama, tetapi juga terhadap orang kafir. Terdapat satu kisah di antara baginda saw dengan seorang wanita kafir yang sudah tua. Setiap hari ketika hendak menunaikan solat di masjid, baginda akan melalui rumah wanita kafir tersebut. Dan setiap hari wanita kafir tersebut akan menghalang jalan baginda saw dengan meletakkan batu, kayu, duri dan najisnya sendiri. tetapi pada suatu hari, ketika baginda melalui rumah wanita kafir yang tua itu, tiada apa-apa yang diletakkan di atas jalan untuk menghadang baginda.
Sesudah menunaikan solat, dalam perjalanan pulang baginda saw pun singgah di rumah wanita kafir tersebut. Rupa-rupanya wanita kafir tersebut terlantar sakit dan tidak berupaya untuk bangun. Maka Rasulullah saaw pun merawati wanita itu, menyuapkannya makanan dan menjaganya sehingga sakitnya sembuh. Wanita kafir itu tadi merasa malu dan terharu atas layanan baginda saw terhadapnya. Dan akhirnya wanita tua itu tadi beriman kepada Allah swt. Lihatlah, dengan layanan lemah lembut, kejahatan dapat diubah menjadi kebaikan. Jadi sama-samalah kita berusaha supaya akhlak kita menjadi contoh kepada insan lain, Insya-Allah.
Tuesday, June 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
insyaAllah semoga umat Islam dapat amalkan akhlak baginda s.a.w
ReplyDeleteassalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh
ReplyDeleteSubhanallah, jazakillah khairan katsira, ummi (err, what nick i should call you? may i call you 'ummi'?)
jadi mengingatkan saya untuk senantiasa berikram lagi :)
Salam ...
ReplyDeleteTo Mat Khairil,
Sama-sama kita doa, Insya-Allah
To namaku ina,
Panggil Akak buleh, panggil ummi pun buleh :)
Insya-Allah, sama-sama lah kita berpesan-pesan kepada kebaikan.
ummi,
ReplyDeletenamaku ina mean nama saya adalah ina, jadi panggil ina saja :D
hehe