Setiap perintah yang kita kerjakan dan larangan Allah swt yang kita tinggalkan hendaklah semata-mata kerana Allah swt. Bukan untuk mendapat pujian, sanjungan dari makhluk. Setiap amal perbuatan yang kita lakukan hanyalah untuk mendapatkan keredhaanNya. Orang yang melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepentingan duniawi dan kerana riak, maka dia adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang munafik. Na'uzubillah.
Sabda Rasulullah saw yang lebih kurang maksudnya, "Sesungguhnya Allah swt tidak melihat rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah swt melihat hati dan amalan-amalan kamu". (HR Muslim). Ikhlas membesarkan pahala amalan. Barangsiapa yang bersedekah walaupun sebiji tamar tetapi dengan niat untuk mendapat redha Allah, maka Allah akan memberi ganjaran yang besar untuknya. Sifat ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada malam yang gelap gelita. Hanya Allah swt sahaja yang tahu. Ikhlas itu ialah rahsia Allah swt.
Dari Abu Umamah Al-Bahiliy r.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Dari segala amalan; Allah swt hanya akan menerima amalan-amalan yang dilakukan ikhlas semata-mata untukNya yang bertujuan untuk mendapatkan KeredhaanNya sahaja. (HR Nasa'i).
Untuk mendatangkan sifat ikhlas dalam diri kita, pertama sekali hendaklah kita muhasabah diri, lihat amal perbuatan yang kita lakukan adakah semata-mata kerana Allah swt ..?. Banyak-banyaklah beristighfar andai terlintas sifat riak dan ujub, kerana syaitan akan sentiasa membolak balikkan hati kita. Kemudian hendaklah memperbanyakan doa agar Allah swt mengurniakan kita kesucian dan keikhlasan niat dalam setiap amal perbuatan yang kita lakukan, Insya-Allah.
Thursday, June 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh,
ReplyDeleteUmmi,
can i ask you something?
i do really not understand about how can i get the reason " only for Allah " in everything i've done
bagaimana kita paham apa yg kita lakukan sudahlah semaata-mata kerana Allah swt?
i'm sorry if my words made Ummi feel dizzy. Coz i can't speak any Melayu's language.. :(
jazakillah khairan katsira
Hi, it's a very great blog.
ReplyDeleteI could tell how much efforts you've taken on it.
Keep doing!
mudah2an Allah golongkan kita dalam 'ibadAllahil mukhlasin itu...ameen...
ReplyDelete