Monday, February 14, 2011

Kisah Nabi Sulaiman AS Dengan Seekor Semut

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:
" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab:
"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:
" Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut:
"Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan:
"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam
bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut:
"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Kredit gambar : bearknow.com

8 comments:

  1. Assalamualaikum kak,lama menyepi...kenal lagi tak...marina dari semenanjung,diam di Petronesa 2 dekat2 dengan markas,last week suami kita2 keluar khuruj di Damai Santubung...yang kelakarnya suami kita2 ingat kita tak pernah kenal hehehe saya cakap saye dah jumpa akak di rumah makcik Saadiah.:)

    ReplyDelete
  2. Kalau sempat ziarahlah blog saya ye...an nasuha tawakal Illallah,boleh kita berkongsi2 cerita dan info,InsyaAllah Jazakillah untuk akak sekeluarga ye.

    ReplyDelete
  3. Wsalam wrt wbt ...

    Masya Allah .. ingat lagi, takkan la dah lupe, hehehehe ;).
    Tu la dik, lama bebeno menyepi .. nasib baik tenggelam x timbul2 ;P
    Apa URL blog Ina ye ...?. Insya Allah akak ziarah

    ReplyDelete
  4. Assalmmuaalaikum, singgah sekejap. Apa khabar? Lama tak berkesempatan jenguk blog ni. Good post, terutama dalam keadaan ekonomi kita sekarang ni....

    ReplyDelete
  5. LAILAHA ILLALLAH..teringt sy kisah ini masa bayan tangguh d nizamuddin..menangis sy dgr..sblm dpt usaha ni sy la org yg byk p'soalkn tntg 'yakin pd Allah'..mcm2 sy nk buat tnpa yakin bhw Allah yg bg rezeki bkn makhluk..

    alhamdulillah..Allah plh sy utk jd sprti hari ini..

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin