AL-QURAN hanya helaian kertas, tetapi mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kedudukan istimewa dalam Islam. Malah, dikatakan tidak sempurna sesebuah rumah itu jika tidak mempunyai kitab suci berkenaan walaupun penghuninya jarang membaca dan menelaahnya.
Meskipun nampak mudah, tetapi manusia tidak mampu menghasilkan kitab yang sehebat al-Quran. Justeru, sesiapa membacanya diberi ganjaran berlipat ganda dan ia menjadi panduan dalam kehidupan insan.
Bagaimanapun, senario masa kini menyaksikan pelbagai pandangan masyarakat terhadap al-Quran. Kitab itu tidak dijadikan panduan hidup, malah ada membacanya dengan tajwid dan gaya bacaan yang janggal dan tidak tahu makna. Sesetengah pula gemar membaca surah tertentu, mengikut musim dan adat bahkan tidak kurang hanya membeli sebagai koleksi sehingga ia dibiarkan berdebu ditelan waktu.
Apapun sikap masyarakat Islam terhadap al-Quran, kitab suci yang diturunkan pada bulan Ramadan mempunyai hikmah dan mukjizat yang tidak digambarkan dengan kata-kata kepada manusia. Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud, “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia (al-Quran) akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (HR Muslim).
Al-Quran yang mengandungi lebih 6,000 ayat dikenali juga dengan beberapa nama lain seperti al-Kitab, bermaksud sebuah kitab sebagaimana dijelaskan di awal surah al-Baqarah, al-Furqaan iaitu pemisah hak dan batil, az-Dzikr dengan makna peringatan dan at-Tanzil bermaksud penurunan. Masyarakat Islam wajib mempercayai kitab terbabit keseluruhan dan berpegang teguh dengannya, malah beriman kepadanya merupakan salah satu daripada enam rukun iman, sekaligus tertutup rapat pintu keraguan terhadapnya.
“Kitab al-Quran ini, tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (Al-Baqarah : 2). Bagi bukan Islam, sesetengahnya masih sukar mempercayai kitab terbabit, bahkan ditambah dengan kekeliruan di timbulkan segolongan pihak, melebarkan kesangsian mereka terhadap kandungan kitab itu. Tetapi yang nyata kitab itu tiada sebarang keraguan padanya, dianugerahkan kepada manusia melalui Nabi Muhammad saw, malah ia manual yang sesuai diaplikasikan setiap zaman walaupun generasi dan tamadun manusia sentiasa berubah-ubah.
“Katakanlah: Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding de ngannya walaupun mereka saling bantu-membantu.” (Al-Isra: 88)
Pensyarah al-Quran, hafazan dan taranum di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
(Kias), Nilam Puri, Ke lantan, Muhammad Lukman Ibrahim, berkata kehebatan, kelebihan dan mukjizat al-Quran menandingi yang lain. Beliau berkata, kitab Taurat dan Injil yang memang dijaga paderi sepanjang waktu boleh berubah, tetapi al-Quran tetap terpelihara daripada perubahan, menjadikannya asli, dahulu, kini dan selamanya.
“Pada zaman Nabi dahulu, seorang bernama Musailamah al-Kazzab cuba menandingi al-Quran, mereka-reka ayat al-Quran seperti surah al-Fiil iaitu mengenai gajah. “Antara katanya, gajah...apa itu gajah...ada belalai yang panjang. Orang ramai bukannya takjub dengan kepandaiannya itu, tetapi gelak ketawa, sekali gus gagal membawakan ayat seumpama al-Quran,” katanya.
Mukjizat al-Quran jugalah memberikan ketenangan, malah melembutkan hati kepada sesiapa yang membaca dan men dengar alunannya. Bahkan Saidina Umar al-Khattab yang terkenal dengan sifat bengisnya menjadi lembut hati dengan al-Quran.
Dalam satu riwayat, Saidina Umar (sebelum menjadi Muslim) bersama pedangnya menuju ke tempat Nabi saw dan sahabat yang lain, mencari untuk membunuh baginda. Dalam perjalanan itu, beliau disapa Nu’aim bin Abdullah. Nu’aim berkata: “Demi Allah, kamu tertipu oleh dirimu sendiri, hai Umar! Apakah kamu mengira Bani Abdi Manaf akan membiarkanmu berjalan bebas di muka bumi selepas kamu berjaya membunuh Muhammad! Sebaiknya kamu pulang ke rumahmu dulu, selesaikanlah dulu urusan keluargamu.”
Umar bertanya kehairanan: “Siapa yang kamu maksudkan dengan keluargaku dan apa maksudmu?” Nu’aim menjawab dengan senyum sinis: “Iparmu dan anak saudaramu sendiri, Said bin Zaid, bahkan adikmu sendiri, Fatimah binti Khattab, masuk Islam dan mengikuti agama Muhammad. Hal merekalah yang harus kamu selesaikan.” Mendengar jawapan Nu'aim, kemarahan Umar meluap-luap bagai disengat jengking. Beliau menukar haluan bergegas ke rumah kedua-dua ahli keluarganya itu.
Ketika itu, di rumah Said ada seorang sahabatnya, Khabbab Ibnul Aratt yang membacakan ayat al-Quran kepada mereka. Apabila Umar datang, Fatimah segera mengambil lembaran berisi ayat suci itu dan menyembunyikannya di bawah pahanya sedangkan sebaik mendekati rumah terbabit Umar sempat mendengar bacaan Khabbab, sehingga beliau bertanya kepada mereka: “Syair apa yang aku dengar tadi...Aku diberitahu kamu berdua mengikuti agama Muhammad!”
Selepas itu, Umar menyerang Said. Fatimah pula melompat dan berusaha menghalang tindakan Umar, namun terkena tamparan hingga kepalanya berdarah. Kemudian, Fatimah berkata kepada abangnya itu: “Ya, benar! Demi Allah, kami berdua memang sudah masuk Islam dan beriman kepada Allah dan rasul-Nya, Muhammad. Kini kamu sudah mengetahuinya. Perbuatlah sesuka hatimu terhadap kami. Kami tidak gentar sedikit pun.”
Selepas Umar melihat darah pada kepala adiknya, beliau menyesal lalu menahan marahnya dan berkata kepada adiknya: “Kalau begitu, berikan padaku lembaran syair yang aku dengar tadi supaya aku dapat mempertimbangkan apa yang diajarkan Muhammad kepadamu.” Fatimah memberikan lembaran ayat suci itu kepada abang nya, Umar. Dalam lembaran itu tertulis surah Taha.
Selepas selesai membaca lembaran itu, Umar berkata: “Alangkah indahnya kata-kata ini dan alangkah mulianya.” Bermula detik itulah Umar memeluk Islam. Hatinya yang keras menjadi lembut selepas menatap ayat suci al-Quran. Lukman berkata, ayat al-Quran tidak seperti teks lain kerana gaya bahasanya tinggi dan hal ini diperakui sendiri kalangan orang Arab yang mahir dalam ilmu bahasa. “Orang kita, bahkan bangsa lain yang tidak begitu tahu mengenai ilmu bahasa terbabit tidak mampu menilai dan merasai kehebatan gaya bahasa terbabit, sebagaimana orang Arab. “Tetapi bagi orang Arab, walaupun mereka menilai ke tinggian gaya bahasa dan keindahannya, mereka gagal mengadakan ayat seumpama itu,” katanya.
Beliau juga menyangkal sekeras-kerasnya, jika ada orang yang mengatakan ayat al-Quran seperti bentuk nyanyian, puisi atau syair. “Saya sendiri ada melakukan kajian terhadapnya dan memang terbukti ayat-ayatnya tidak boleh dilagukan seperti nyanyian, syair atau qasidah. “Ia mempunyai tajwid dan membacanya mesti mengikut hukum terbabit. Inilah keistimewaan al-Quran,” katanya. “Dan ini ialah kitab yang Kami turunkannya yang di berkati...” (Al-An’anm:155)
Oleh : Idris Musa
Sumber : Harian Metro
Sunday, September 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh
ReplyDeleteummie.. apa benar, orang yang tak cinta dengan al-Qur'an maka sebenarnya ia belum cinta pada Allah SWT?
td tazkirah sempena nuzul quran kat surau ade cite pasal Saidina Umar dgn ayat surah Taha tu gakss.
ReplyDeleteaslmkum, Sebenarnya asbab omar farok r.a memelok islam adalah amalan taalim yng dibuat oleh adik dan iparnya serta khabbab r.a iatu taalim Quran tajweed, ini amalan yng sepatutnya kena dibuat oleh semua orang islam didunia ini. amalan taalim/taalum iaitu belajar/mengajar di rumah adalah sunnah nabi yg telah kita tinggalkan. Dizaman sahabat dahulu inilah amalan yg telah mereka buat bersungguh-sungguh hingga melahirkan anak2 yg bertaqwa, hafiz,ulamak dan dae allah, rumah mereka menjaDI MADRASAH tapi rumah kita sekarang jadi apa? apa amalan yg ada dalam rumah kita? masing2 kita fikir dan usahakan rumah kita menjadi tempat terbaik utk melahirkan anak yg soleh/solehah, kelak jika mereka baik kita akan bahagia tapi kalau mereka rosak kita juga yg makan hati dan sedih. semoga allah ampun dosa kita semua amin.
ReplyDeletenamaku ina,
ReplyDeletewsalam wrt wbt. Na, Al-Quran itu adalah kalamullah, kata2 Allah swt. Gimana kita boleh bilang kita cintakan Allah kalau kita ngga suka baca Al-Quran ? :D
^inas^,
Oh ye ke ..??. Al-hamd. ;)
ummu zulaikha,
wsalam wrt wbt. Betul tu kak, Rumah adalah madrasah pertama anak2, dan kita sebagai ibu pula adalah cikgu pertama mereka. Jadi seharusnya pelajaran pertama yg harus kita terapkan dalam diri anak2 adalah ilmu agama. Supaya mereka kenal Allah dan Rasul, Insya-Allah. Semoga dari rahim kita lahirlah daie/ah, hafiz/ah, alim/ah .. amin, ya Allah.