Tuesday, August 11, 2009

Peringkat - Peringkat Isteri

Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun sesuatu yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, diterima dengan penuh perasaan malu dan bersyukur. Sekiranya ada, adalah, sekiranya tiada, dia bersabar. Tidak sesekali meminta, apatah lagi yang tidak perlu. Jika diberi sekalipun dia menolak bahkan adakalanya sesuatu yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Inilah golongan isteri yang bersifat siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, umpama hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dar
i suaminya kecuali sesuatu yang perlu sahaja. Sesuatu yang tidak perlu, tidak akan dimintanya bahkan sekiranya suami memberi yang sesuatu tidak perlu dia tolak dengan baik. Tetapi sekiranya sesuatu yang diperlukan pun tiada, dia tetap bersabar. Namun dia tidak akan sesekali mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Inilah golongan muqarrobin. Golongan ini juga sukar untuk dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya sesuatu yang perlu dan sekali-sekala meminta juga sesuatu yang tidak perlu seperti inginkan kehidupan yang agak selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal dan juga kenderaan. Namun sekiranya suami tidak memberi, dia tetap bersabar dan ianya tidak pula menjadi masalah. Inilah adalah golongan orang yang soleh.

Isteri Fasiqin

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja sesuatu yang perlu, bahkan sesuatu yang bukan keperluan pun dia tetap meminta-minta. Jika diberi sekalipun tidak pernah berasa puas, tidak pernah berasa cukup, sudah mendapat kemewahan pun masih tidak berasa cukup. Sekiranya tidak dipenuhi akan menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga.

Inilah dia golongan yang fasiq. Golongan isteri seperti ini selalu sahaja menderhaka kepada suami, apatah lagi dengan Allah SWT. Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuatkan suaminya selalu dalam keadaan serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diturutkan, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, shopping menjadi kelaziman.

Namun demikian tidak juga berasa puas dan berasa cukup. Pelbagai kehendak terpaksa dituruti. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang seperti air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelora. Lama-kelamaan bercerai menjadi jalan penyelesaian.

Sekalipun penceraian tidak menjadi demi menjaga air muka dan maruah keluarga ataupun hendak menjaga nama baik dan kedudukan ataupun tidak mahu melihat anak-anak menjadi porak peranda, yang demikian, apalah ertinya rumahtangga yang sebegitu rupa. Ke manakah hilangnya keindahan dan kenikmatan berumahtangga. Apalah bahagianya andai gelombang dan gelora krisis tidak pernah berhenti dan tenang.

Apalah yang akan terjadi kepada anak-anak melihat ibu bapa mereka yang sentiasa bertelagah seperti anjing dengan kucing.
Semoga Allah SWT menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling cinta mencintai antara satu sama lain.

Sebagaimana dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Rasululllah SAW bersabda,
"Di sekitar Arsy terdapat menara-menara daripada cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Bahkan para nabi dan syuhada' iri terhadap mereka. Ketika ditanya oleh para sahabat, Rasulullah SAW menjawab, Mereka adalah orang-orang yang saling cinta mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah."

P/S : Untuk yang bergelar isteri, di manakah tahap kita ??.
Sumber: tinta-aisya.blogspot.com

12 comments:

  1. perkongsian yg sangat bermanfaat.bagaimana pula dgn suami?ada tak tahap-tahap sami?kalau ada,kongsikanlah dgn kami.insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. Salam, alhamdulillah sesuatu yg baik untuk dikongsi bersama bkn sahaja sang isteri juga sang suami, agar suami mensyukuri nikmat ALLAH. Ramai suami yg apabila mendapat isteri yg tidak menyusahkannya di anggapnya perkahwinan adalah mudah, lantas usaha nak tambah isteri, padahalnya jika dia mendapat isteri yg fasiq, yg selalu manyusahkannya, tentu sekali dia berfikir dua kali untuk berpoligami...wALLAHualam.

    ReplyDelete
  3. ana rasa kadang2 ana tergolong dalam golongan isteri siddiqin , kadang2 isteri muqarrobin. ahaks!!

    ReplyDelete
  4. assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh..

    ee.. untuk yang masih gadis tak ada peringkatnya ni?? hmm... kiranya ina tergolong dalam golongan apa ya... hmm..

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah..muhasabah diri golongan mana kita ini...

    ReplyDelete
  6. yang mana 1 aku??????
    YaAllah..
    Berikan aku petunjuk...

    ReplyDelete
  7. Moga dapat bergelar isteri terbaik buat suami...

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Alhamdulillah dan terima kasih atas perkongsian.
    Semoga kita sama-sama berusaha menjadi isteri yang terbaik buat suami di dunia, juga tidak menjadi beban ke atasnya di akhirat sana, ameen.

    ReplyDelete
  9. Salam,apa khabar,saya dah kembali ke blog,minta maaf menyepi lama,lama saya tak tulis di ruang komen ini.hu3o...terima kasih...

    ReplyDelete
  10. iqbalsyarie,
    Akan diusahakan, Insya-Allah

    umi-ali,
    Ya kak, betul tu ;)

    Ummu Fatimah,
    Errr .. same la kita :D

    namaku ina,
    wsalam wrt wbt. Aduh Na, sebentar lagi kamu juga bergelar isteri orang kok, Insya-Allah ;P.

    karkunah,
    Ya .. tepuk dada tanya iman :)

    Jasmin, ummumishkah & Ummu Husna
    Amin ... amin Ya Allah


    Anak Pendang Sekeluarga,
    Err, khuruj jalan Allah ke ?.

    ReplyDelete
  11. apa aarr...u all tau tak..isteri ngan suami cam suami ngan makayah..segi adab cakap hormat mana bole main2...kalu mak kita marah walhal kita yg betui pun takleh lawan..camtu jugak ngan suami.sabor jer laa..
    wakil suami Siddiqin
    kuikuikui....

    ReplyDelete
  12. perhalusilah diri kalian dengan akal yang waras dan didingkanlah nafsu kalian dengan nafsu mut'ma'innah....keuntungan duniawi dan ukhrawi akan dikecapi.....

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin