Kita mengaku kita adalah umat nabi SAW. Tapi ada ke kita buat kerja yang nabi dan para sahabat buat ?. Ada ke kita ikut sunnah nabi saw ..?. Nabi buat dakwah tak kira masa dan tempat. Cuba anda semua fikirkan, kalau nabi & para sahabat tak buat dakwah ... macam mana Islam boleh sampai kat kita pada hari ini ?.
Macam mana pada mulanya Islam yang bermula di tanah arab tapi pada hari ini dianuti oleh sekian ramai insan yang ada di muka bumi ini. Semuanya ini takkan terjadi kalau tidak kerana usaha dakwah & pengorbanan nabi dan para sahabat. Jadi tugas kita semua yang mengaku kita ni umat nabi haruslah teruskan usaha nabi tu.
Nak berdakwah tak perlu ada ijazah dalam bidang agama. Cukup kalau kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. Mengajak kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Seperti sabda nabi saw yang lebih kurang maksudnya, "Barangsiapa melihat sesuatu kemungkaran dilakukan di hadapannya maka hendaklah dia menegahnya dengan tangannya, jika dia tidak berkuasa, hendaklah dia menegah dengan lidahnya, dan jika dia tidak dapat berbuat demikian inipun, maka hendaklah dia merasa benci dengan hatinya dan ini adalah iman yang selemah-lemahnya. (H.R Muslim, Tirmiza, Ibnu Majah & Nasai).
Kenapa sekarang ini banyak sangat perkara-perkara mungkar dan maksiat serta kejahatan berleluasa...?, kerana iman manusia lemah. Kenapa iman lemah ?, sebab takde kefahaman tentang agama, kenapa tak faham agama ...?, sebab agama tak di dakwahkan.
Semoga apa yang saya tuliskan di sini ada manfaatnya untuk anda semua, terutama sekali untuk saya. Insya-Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment