Tuesday, May 26, 2009

Renungan Untuk Insan Bergelar Isteri .....

"Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah swt lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) ketika di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka" (an-Nisa':34)

"Mahukah kamu aku beritahukan dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seseorang lelaki?, iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suami menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya". (Riwayat Ibnu Majah)

"Jika diizinkan seseorang manusia sujud kepada manusia, tentu aku akan menyuruh wanita-wanita sujud menyembah suaminya, lantaran begitu besar Allah swt jadikan hak laki-laki ke atas wanita. (Riwayat Abu Daud)

"Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterunya dan isterinya membalas pandangan dengan penuh cinta dan kasih, maka Allah swt menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka". (Riwayat Maisarah, Ali daripada Abu Said Al-Khudri)

"Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakan masuk ke syurga dari pintu mana saja yang dia suka. (Riwayat Ahmad & Thabarani)

"Setiap isteri yang meninggal dunia yang diredhai oleh suaminya, maka dia akan masuk syurga"
(Riwayat Tirmizi & Ibnu Majah)

"Ya Allah ya rahman ya rahim, jadikanlah aku isteri yang taat kepada suamiku, isteri yang dapat membahagiakan & memberi manfaat kepada suamiku ya Allah. Dan jadikanlah rumahtangga kami seperti rumahtangga Rasulullah dan Khadijah."

6 comments:

  1. Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,” seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka akan ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakan 8 pintu syurga yang dia dapat masuk dari pintu mana sahaja tanpa hisab.”.

    ReplyDelete
  2. salam Pn. Aliah, bolah tak kalau saya pinjam article di atas ini untuk diletakkan di blog sy? ianya sbg satu dakwah untuk wanita..bolehke Puan?

    ReplyDelete
  3. sharifah,
    Sila la .... tak kene bayo pon ;)
    Semoga sama-sama dapat manfaat, Insya-Allah.

    ReplyDelete
  4. Salam akak. Adah nak copy-paste article ni boleh? Adah nak gunakan article ni untuk berdakwah kepada kawan-kawan secara online. Syukran in advance... =)

    ReplyDelete
  5. sesungguhnya sungguhlah mudah untuk seseorang wanita itu memasuki syurgawi.....tidaklah seperti lelaki yang dijadikan sebagai pemimpin....bukankah seorang pemimpin itu akan ditanya mengenai perihal /tanggungjawab orang-orang dibawahnya....maka kepada para suami carilah ilmu sebanyak mungkin kerana kelak dirimu akan ditanya perbagai soalan dihadapan ALLAH TA'ALA maka sudahkah kalian besedia untuk menjawab pelbagai soalan????

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin